God GrAcE

God GrAcE

Sunday, 4 November 2012

Percaya untuk diselamatkan

Shallom dan salam sejahtera. Pernahkan anda terfikir apa itu keselamatan dan apakah itu bererti dalam hidup anda? Mungkin itu sekadar memuji Tuhan dan anda berasa Roh diangkat, hati yang memuji Tuhan dan berada begitu dekat dengan Tuhan. Perasaan ini mungkin anda pernah rasa dalam pelayanan anda mahupun semasa kebaktian di gereja. Saya pernah menghadiri satu kebaktian dan Pastor ini menerangkan jika anda ingin tahu bahawa anda selamat atau tidak, caranya ialah dengan anda YAKIN bahawa jika anda mati anda akan diangkat ke syurga. Yakin itu asalnya daripada IMAN. 

"iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti segala sesuatu yang tidak kita lihat" Ibrani11:1.

Jika dilihat dari persepsi dunia, kita sering dengar orang takut apabila mereka mati. Mereka takut dimana mereka akan dikuburkan, takut menghadapi sakitnya mati dan dimana mereka akan pergi setelah mati. Jawapan kita hanya ada pada Yesus sendiri. Satu perkataan yang boleh saya tegaskan ialah PERCAYA. Percaya disini ialah meletakkan iman yang kita harapkan dengan tiada apa-apa bukti secara abstrak yang boleh diperhatikan dengan pancaindera dan berharap. Percaya juga ini juga meletakkan seluruh kepercayaan  tanpa ragu-ragu iaitu kehidupan anda kepada Kristus dan jadikan Dia Tuhan anda.

"barangsiapa percaya kepada Anak ia beroleh hidup yang kekal, tetapi barangsiapa tidak taat kepada Anak ia tidak akan melihat hidup melainkan murka Allah tetap ada di atasnya" 
Yohanes 3:36


Firman yang diatas menunjukkan bahawa untuk datang kepada Kristus adalah dengan percaya kepadaNya dan akan peroleh kehidupan yang kekal. Jika hari ini kehidupan anda tiada hala tuju, ambillah jalan yang telah ditawarkan oleh Kristus melalui kematianNya di kayu salib. Ini bukan harus, namun pilihan yang pasti dan  patut diambil oleh semua manusia. Percayalah, maka kamu akan diselamatkan dan letakkan iman pada Dia yang hidup. Tuhan memberkati. 



1 comment: