God GrAcE

God GrAcE

Wednesday, 22 May 2013

Panggilan dari Tuhan (Yosua)

Shallom dan salam sejahtera. Satu perkongsian dari Tuhan melalui saya hari ini ialah peribadi Yosua yang diangkat oleh Tuhan menjadi pemimpin atas bangsa Israel selepas pemergian Musa. Yosua diangkat untuk memikul tanggungjawab tuannya; Musa yang sepatutnya menuntut umat Israel ke Kanaan. Satu kata yang menarik perhatian saya semasa Tuhan memerintah kepada Yosua untuk menggerakkan bangsa Israel, generasi baru ke Kanaan, Tuhan berkata "kuatkan dan teguhkan hatimu". Perkataan ini diulangkan oleh Tuhan sebanyak empat kali dalam Yosua bab 1 (1:6, 1:7, 1:9 dan 1:18).

Saya belum mendalami dalam bab ini, namun saya sempat membaca beberapa tajuk dalam ayat ini yang sungguh mendorong peribadi kita sebagai seorang PEMIMPIN. Pemimpin yang berjaya ialah dia sebenarnya ada KETAKUTAN tetapi ketakutan tidak semestinya menjadikan dia lemah. Saya yakin Yosua sebenarnya ada perasaan takut dan gelisah pada masa itu. Yosua cuma seorang hamba kepada Musa, diutus untuk menyelidiki tanah Kanaan, namun semasa menjadi spy untuk tanah Kanaan, hanya dia dan Kaleb sahaja percaya (Bilangan 14:5-6) bahawa Tuhan memberikan tanah Kanaan kepada bangsa Israel walaupun mereka yang ada di Kanaan adalah orang gergasi dan besar badan.

Saya yakin semasa Tuhan mengankat Yosua memimpin Israel, apa yang ada pada dia ialah IMAN. Iman yang ada pada seseorang itu menjadikan siapa diri dia sebenarnya. Iman harus berjalan dengan perbuatan (Yakobus 2:26). Seorang pemimpin seperti Yosua, tidak semestinya tidak takut, gentar, gelisah dan risau. Tidak kira kamu pemimpan kah, siapa pun dirumah Tuhan percaya Tuhan katakan "kuatkan dan teguhkan hatimu". Saya percaya seseorang itu harus ada iman dan bergerak dengan perbuatan dari Roh Kudus bukan dengan keinginan atau cara manusia. Tuhan berkati.

Saturday, 11 May 2013

Sorry Tuhan, Saja-Saja nak Testing...

last night was awesome. spend my 3 days with all the leader in Faith Church, make our journey to Kuala Lumpur untuk urusan yang lain. Tapi yang paling menyeronokkan kadang-kadang ialah apabila Tuhan ada bersama dengan orang yang dekat dengan Dia. Saya sedar hubungan Tuhan itu sendiri dengan semua orang sebenarnya ialah satu hubungan rapat. Cuba fikirkan kalau seseorang itu mati untuk anda, sebenarnya merupakan satu kasih yang sangat besar dan imagina Yesus mati untuk saya, semestinya hubungan Dia kerana kasih kepada saya adalah besar. Saya lebih senang katakan hubungan ini adalah satu hubungan Bapa dengan Seorang anak. Well, dipendekkan cerita, semalam semasa dalam perjalanan balik ke Kampus, saya mencabar Tuhan dalam doa saya. Saya tahu pintu gate akan tutup pada pukul 11 malam. guard yang bertugas comfirm akan marah pelajar kalau balik lewat dan apatah lagi orang luar masuk kampus. tapi saya cuma berdoa, dan saya katakan kepada Tuhan kalau Dia mampu, saya nak gate masih boleh buka dan pelajar boleh masuk dan tidak kena marah. Tuhan serta merta menjawab doa saya. Suatu suara berkata dengan yakin gate xkan tutup, dan kami akan sampai ke Kampus tepat pukul 11. Dalam hati saya, ada suarakan seperti katakn kamu akan sampai pada pukul 11.05 minit..betul...saya yakin suara itu memang berkata sedemikian..hahahahak... Kadang-kadang mencabar sang Pencipta memang punah..hahahak..tapi ini kenyataan..kami sampai pukul 11.05 minit.tepat-tepat Roh Kudus bercakap..hehe..11.05 minit jam dalam kereta..haha..anyway, jangan buat selalu..tapi ini sebenarnya joke saya dengan Tuhan..bukan mencabar, tapi saya yakin dapat sampai tepat pada masanya kerana apabila kita dipihak Tuhan siapa dapat melawan..Yesus itu ajaib..hehe..Tuhan berkati

yang penting iman harus ada barulah segala permasalahan diselesaikan kerana iman yang betul membawa kepada jalan yang benar hanya nama Yesus ditinggikan..Amen :)

Matthew 17:20 
Truly I say to you, if you have faith as a mustard seed, you shall say to this mountain, "Move from here to there," and it shall move; and nothing shall be impossible to you

Friday, 25 January 2013

I will make a way for you

Mungkin sepanjang hari anda penuh dengan cabaran dan dugaan. Saya pernah dipenuhi dengan cabaran sepanjang tempoh seminggu dan saya amat tertekan sehingga tidak dapat fokus dengan pelajaran dan pelayanan saya sendiri. Seminggu saya tertekan dengan masalah saya. Semakin saya cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut semakin banyak masalah lain yang datang. Ini membuatkan iman saya kering  dan keghairahan untuk melayani Tuhan semakin pudar. Saya letakkan masalah tersebut lebih besar daripada pekerjaan Tuhan sendiri. Percayalah, sekiranya kita letakkan sesuatu itu lebih besar dari Tuhan, pasti banyak perkara yang menghalang perjalanan iman kita. Sepanjang masalah saya tidak ada satupun yang selesai dan pada satu malam Tuhan menegur saya dengan firmanNya dalam

Yesaya 49:11 "Aku akan membuat segala gunung-Ku menjadi jalan dan segala jalan rayaKu akan Kuratakan"

Mungkin rakyat di Malaysia sekarang boleh melihat kepada masalah yang terjadi di negara ini. Banyak isu yang timbul sekarang dan banyak perkara yang tidak munasabah terjadi. Jangan melihat kepada apa yang terjadi disini tetapi serahkan kepada Tuhan untuk membuat pekerjaanNya di atas Malaysia. seperti firman ini

Markus 11:23 "Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! Asalkan tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahawa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya."

Seperti firman itu, jika kita punya iman dan meminta pada Bapa di syurga pasti masalah seperti gunung itu dapat dicampak ke dalam laut. let's pray and asked more from our God!! Semua masalah akan Tuhan ratakan dan dibuatNya jalan bagi kita!..amen

Thursday, 3 January 2013

Peribadi yang mengerti


ENGKAU DIDALAMKU

Kaulah penulis hidupku
Kau membuat s'galanya baru
Engkau di dalamku
Dan kuada dalam-Mu
Tak ada yang tak mungkin bagi-Mu
Ku dicipta untuk-Mu
'Tuk membawa harum nama-Mu
Engkau di dalamku
Dan kuada dalam-Mu
Kini kudatang mencari wajah-Mu

c/o
Mengasihi-Mu s'lalu dengan s'genap hatiku
Mencintai seluruh perbuatan-Mu
Mengabdikan hidupku sesuai rencana-Mu
Ku mau menyembah-Mu sampai akhir hayatku
Kau memahami hatiku
Hanya kau yang mengertiku s'lalu
Engkau di dalamku dan kuada dalam-Mu
Kini ku datang mencari wajah-Mu

Beberapa hari yang lepas merupakan hari yang agak sukar bagi saya dengan keadaan sekeliling yang tidak mendorong saya terutamanya dari segi iman saya sendiri. Pelbagai masalah yang saya lihat dan konflik berlaku membawa tekanan perasaan dalam diri saya. Diatas merupakan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan GMB Giving My Best. Semasa dalam perjalanan balik dari miri ke Kuching selepas menghadiri perkahwinan sepupu saya, secara tidak sengaja lagu ini dimainkan di dalam kereta kami dan saya tersentuh dengan lirik rangkap terakhir “kau memahami hatiku hanya kau yang mengertiku s'lalu” ..beban saya seperti perlahan-lahan hilang dan tekanan perasaan Mula lenyap..Ya, walaupun keadaan sekeliling tidak mendorong kita cth seperti di tempat kerja, pelajaran, pelayanan dan sebagainya lagi, kita sering inginkn orang lain untuk memahami perasaan kita. Hey, jangan lihat menusia sebagai penyedap untuk mengurangkan beban kita, naMun lihat kepada Dia yang mengerti kita selalu. God bless.

Peribadi yang mengerti


ENGKAU DIDALAMKU

Kaulah penulis hidupku
Kau membuat s'galanya baru
Engkau di dalamku
Dan kuada dalam-Mu
Tak ada yang tak mungkin bagi-Mu
Ku dicipta untuk-Mu
'Tuk membawa harum nama-Mu
Engkau di dalamku
Dan kuada dalam-Mu
Kini kudatang mencari wajah-Mu

c/o
Mengasihi-Mu s'lalu dengan s'genap hatiku
Mencintai seluruh perbuatan-Mu
Mengabdikan hidupku sesuai rencana-Mu
Ku mau menyembah-Mu sampai akhir hayatku
Kau memahami hatiku
Hanya kau yang mengertiku s'lalu
Engkau di dalamku dan kuada dalam-Mu
Kini ku datang mencari wajah-Mu

Beberapa hari yang lepas merupakan hari yang agak sukar bagi saya dengan keadaan sekeliling yang tidak mendorong saya terutamanya dari segi iman saya sendiri. Pelbagai masalah yang saya lihat dan konflik berlaku membawa tekanan perasaan dalam diri saya. Diatas merupakan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan GMB Giving My Best. Semasa dalam perjalanan balik dari miri ke Kuching selepas menghadiri perkahwinan sepupu saya, secara tidak sengaja lagu ini dimainkan di dalam kereta kami dan saya tersentuh dengan lirik rangkap terakhir “kau memahami hatiku hanya kau yang mengertiku s'lalu” ..beban saya seperti perlahan-lahan hilang dan tekanan perasaan Mula lenyap..Ya, walaupun keadaan sekeliling tidak mendorong kita cth seperti di tempat kerja, pelajaran, pelayanan dan sebagainya lagi, kita sering inginkn orang lain untuk memahami perasaan kita. Hey, jangan lihat menusia sebagai penyedap untuk mengurangkan beban kita, naMun lihat kepada Dia yang mengerti kita selalu. God bless.