Dalam banyak-banyak kisah tentang raja Daud, pasti yang
menarik perhatian kita ialah tentang Daud mengalahkan Goliat. Kisah ini sangat
menarik perhatian saya juga tentang gereja masa kini. Dalam alkisah ini ada 4
perkara yang boleh dijadikan perhatian iaitu:
1) Raja Saul - menjadi simbol orang yang pernah diurapi dan professional
dalam hal gereja.
2) Eliab dan tentera Israel - ialah orang yang professional dalam
gereja tetapi tidak diurapi.
3) Goliat dan Filistin - adalah anti kepada orang yang
diurapi dan professional.
4) Daud - orang yang tidak professional tetapi diurapi
Tuhan.
Jika diperhatikan, Daud sahaja yang tidak professional
dalam apa-apa pun. Raja Saul ialah orang yang professional dalam perang namun
hilang urapan dan tidak berani menentang Goliat dan Filistin. Ini menunjukkan
pemimpin yang telah hilang urapan mereka dan tidak dapat melakukan kerja untuk
Tuhan. Eliab dan tentera Israel pula ialah tentera yang professional tetapi
tidak diurapi. Mereka takut untuk menghadapi tentera Goliat dan Filistin. Manakala
Daud pula ialah bukan tentera yang professional, hanya gembala domba tetapi
diurapi oleh Tuhan untuk berlawan dengan Goliat. Apabila Goliat mencabar
tentera Israel, Eliab dan raja Saul, semua mereka ini dalam ketakutan. Tanpa
urapan, maka takut akan timbul. Urapan menjadikan kita berani dalam melayani dan
ada kuasa dalam pelayanan. Tanpa urapan dalam pelayanan maka kita akan cepat
takut dan tidak berani menghadapi cabaran pelayanan.
Daud menyahut cabaran Goliat untuk bertarung tenaga dan
pada mulanya Saul cuba meruntuhkan keyakinan Daud dengan berkata
“tidak
mungkin engkau dapat menghadapi orang Filistin untuk melawan dia, sebab engkau
muda, sedangkan dia sejak dari masa mudanya telah menjadi prajurit” 1 samuel
17:33.
Namun Saul melihat keazaman Daud dan meminjam peralatan
perangnya, namun yang kita perhatikan Daud tidak dapat menggunakan peralatan
perang Saul dan Daud hanya berperang dengan Goliat tanpa apa-apa perlengkapan
senjata perang. Pengajarannya disini ialah kita janganlah bergantung kepada
urapan orang lain, iman orang untuk bertumbuh dan tidak dapat bergantung kepada
urapan orang lain untuk melakukan pelayanan dalam kehidupan seharian. Daud
sendiri sudah menguasai senjatanya iaitu umban dan batu. 1 samuel 17:50.
Cuba kita perhatikan kesaksian Daud sendiri semasa mengalahkan
singa dan beruang
Tetapi Daud berkata kepada Saul: "Hambamu ini biasa menggembalakan kambing domba ayahnya. Apabila datang singa atau beruang, yang menerkam seekor domba dari kawanannya, maka aku mengejarnya, menghajarnya dan melepaskan domba itu dari mulutnya. Kemudian apabila ia berdiri menyerang aku, maka aku menangkap janggutnya lalu menghajarnya dan membunuhnya. 1 samuel 17:35-36
Saya tertarik dengan kata-kata Daud diatas ini meyakin
bahawa dia boleh mengalahkan Goliat dan menunjukkan urapan Tuhan itu bekerja
dalam dirinya. Ingatkah anda tentang anak-anak Skewa yang cuba mengusir setan
tanpa urapan Tuhan.
Tetapi roh jahat itu menjawab: "Yesus aku kenal, dan
Paulus aku ketahui, tetapi kamu, siapakah kamu?" kisah para rasul 19:15
Kalau diperhatikan ayat ini, setan katakan kepada
anak-anak Skewa begini: Yesus ada urapanNya, Paulus ada urapannya=Yesus dan
Paulus ada autoriti (kuasa), tetapi kamu (anak-anak Skewa) tiada urapan iaitu
tiada hak/kuasa/autoriti.
Nah, hak kita sebagai anak Tuhan dan kuasa kita
bergantung pada Yesus sendiri. Dekat kita dengan Tuhan, tidak melanggar
perintahNya dan tidak jatuh dalam dosa memberikan kita urapan untuk melakukan
kerja Tuhan. Mana pilihan anda? Ingin menjadi raja Saul, Eliab dan tentera
Israel, Goliat dan tentera Filistin ataupun orang yang lemah dan tiada
kelebihan apa-apa dalam peperangan seperti Daud namun diberikan posisi melawan
Goliat dan menjadi raja Israel.
Sumber: "Priceless
Anoiting" oleh Paul Ang/ Pusat Sumber Hope Kota Bharu