God GrAcE

God GrAcE

Saturday, 3 November 2012

A dAy Spend With Jesus

Shallom dan salam sejahtera..

Ini merupakan blog pertama saya dan saya ingin berkongsi tentang kebaikan Kristus dalam kehidupan saya sendiri kepada semua saudara dan saudari yang mengenal Dia sebagai juruselamat hidup anda. Mungkin hari ini anda sibuk dengan urusan anda seperti belajar, kerja, mengejar cita-cita, bermain dan sebagainya, namun saya ingin tegaskan disini Dia ingin anda sedar bahawa Dia adalah peribadi yang sentiasa dekat dengan anda dan kerinduan hatiNya untuk membawa anda bersama dengan Dia di syurga sana. Hari ini saya sedar bahawa jika Tuhan mengambil nyawa saya dan membawa saya, saya pasti gembira dan bersyukur kerana kebaikanNya sebab itulah matlamat hidup pengikut Kristus.

"Engkau memberitahukan kepadaku jalan kehidupan; di hadapan-Mu
ada sukacita, berlimpah-limpah, di tangan kanan-Mu ada nikmat senantiasa" mazmur16:11

Apakah anda sudah terima Dia sebagai juruselamat? pernahkah anda mendengar Tuhan memberitahukan kepada anda tentang jalan hidup anda? Daud katakan dalam mazmur diatas "Engkau memberitahukan kepada jalan kehidupan.." Betapa dekatnya kehidupan Daud dengan Tuhan sehingga Tuhan sendiri menggelar Daud sebagai "orang yang berkenan di hati-Nya" 1 samuel 13:14. Maksud saya bukanlah kita berusaha untuk berkenan di hadapan Tuhan dengan melakukan pelbagai-bagai perkara untuk Dia dan tidak juga maksud saya supaya kita tidak melayani Dia tetapi Tuhan sendiri sudah berkenan kepada kita dengan kematian Yesus menggantikan dosa dan hukuman yang patut kita tanggung. Point saya disini ialah apakah kita sedar Tuhan telah melayakkan kita dihadapanNya? Anda sungguh berharga dimata Dia.

Bernyanyilah seperti Daud dalam mazmurNya kepada Tuhan dengan berkata "di hadapan-Mu ada sukacita, berlimpah-limpah, di tangan kanan-Mu ada nikmat senantiasa"

Jangan disebabkan oleh kesibukan duniawi, anda terlepas pandang akan Seseorang yang sungguh hebat berdiri dihadapan anda dan Dia sangat-sangat mengasihi anda. Hanya luangkan masa bersama Dia. Tuhan memberkati.

2 comments:

  1. sangat mendorong dan menyedarkan bahawa Tuhan itu dekat dan nyata di dalam hidup kita. Tuhan memberkati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you..i hope people can read n gain something from this blog..Tuhan memberkati.. :P

      Delete