Shallom dan salam sejahtera. Satu perkongsian dari Tuhan melalui saya hari ini ialah peribadi Yosua yang diangkat oleh Tuhan menjadi pemimpin atas bangsa Israel selepas pemergian Musa. Yosua diangkat untuk memikul tanggungjawab tuannya; Musa yang sepatutnya menuntut umat Israel ke Kanaan. Satu kata yang menarik perhatian saya semasa Tuhan memerintah kepada Yosua untuk menggerakkan bangsa Israel, generasi baru ke Kanaan, Tuhan berkata "kuatkan dan teguhkan hatimu". Perkataan ini diulangkan oleh Tuhan sebanyak empat kali dalam Yosua bab 1 (1:6, 1:7, 1:9 dan 1:18).
Saya belum mendalami dalam bab ini, namun saya sempat membaca beberapa tajuk dalam ayat ini yang sungguh mendorong peribadi kita sebagai seorang PEMIMPIN. Pemimpin yang berjaya ialah dia sebenarnya ada KETAKUTAN tetapi ketakutan tidak semestinya menjadikan dia lemah. Saya yakin Yosua sebenarnya ada perasaan takut dan gelisah pada masa itu. Yosua cuma seorang hamba kepada Musa, diutus untuk menyelidiki tanah Kanaan, namun semasa menjadi spy untuk tanah Kanaan, hanya dia dan Kaleb sahaja percaya (Bilangan 14:5-6) bahawa Tuhan memberikan tanah Kanaan kepada bangsa Israel walaupun mereka yang ada di Kanaan adalah orang gergasi dan besar badan.
Saya yakin semasa Tuhan mengankat Yosua memimpin Israel, apa yang ada pada dia ialah IMAN. Iman yang ada pada seseorang itu menjadikan siapa diri dia sebenarnya. Iman harus berjalan dengan perbuatan (Yakobus 2:26). Seorang pemimpin seperti Yosua, tidak semestinya tidak takut, gentar, gelisah dan risau. Tidak kira kamu pemimpan kah, siapa pun dirumah Tuhan percaya Tuhan katakan "kuatkan dan teguhkan hatimu". Saya percaya seseorang itu harus ada iman dan bergerak dengan perbuatan dari Roh Kudus bukan dengan keinginan atau cara manusia. Tuhan berkati.
God GrAcE
Wednesday, 22 May 2013
Saturday, 11 May 2013
Sorry Tuhan, Saja-Saja nak Testing...
last night was awesome. spend my 3 days with all the leader in Faith Church, make our journey to Kuala Lumpur untuk urusan yang lain. Tapi yang paling menyeronokkan kadang-kadang ialah apabila Tuhan ada bersama dengan orang yang dekat dengan Dia. Saya sedar hubungan Tuhan itu sendiri dengan semua orang sebenarnya ialah satu hubungan rapat. Cuba fikirkan kalau seseorang itu mati untuk anda, sebenarnya merupakan satu kasih yang sangat besar dan imagina Yesus mati untuk saya, semestinya hubungan Dia kerana kasih kepada saya adalah besar. Saya lebih senang katakan hubungan ini adalah satu hubungan Bapa dengan Seorang anak. Well, dipendekkan cerita, semalam semasa dalam perjalanan balik ke Kampus, saya mencabar Tuhan dalam doa saya. Saya tahu pintu gate akan tutup pada pukul 11 malam. guard yang bertugas comfirm akan marah pelajar kalau balik lewat dan apatah lagi orang luar masuk kampus. tapi saya cuma berdoa, dan saya katakan kepada Tuhan kalau Dia mampu, saya nak gate masih boleh buka dan pelajar boleh masuk dan tidak kena marah. Tuhan serta merta menjawab doa saya. Suatu suara berkata dengan yakin gate xkan tutup, dan kami akan sampai ke Kampus tepat pukul 11. Dalam hati saya, ada suarakan seperti katakn kamu akan sampai pada pukul 11.05 minit..betul...saya yakin suara itu memang berkata sedemikian..hahahahak... Kadang-kadang mencabar sang Pencipta memang punah..hahahak..tapi ini kenyataan..kami sampai pukul 11.05 minit.tepat-tepat Roh Kudus bercakap..hehe..11.05 minit jam dalam kereta..haha..anyway, jangan buat selalu..tapi ini sebenarnya joke saya dengan Tuhan..bukan mencabar, tapi saya yakin dapat sampai tepat pada masanya kerana apabila kita dipihak Tuhan siapa dapat melawan..Yesus itu ajaib..hehe..Tuhan berkati
yang penting iman harus ada barulah segala permasalahan diselesaikan kerana iman yang betul membawa kepada jalan yang benar hanya nama Yesus ditinggikan..Amen :)
yang penting iman harus ada barulah segala permasalahan diselesaikan kerana iman yang betul membawa kepada jalan yang benar hanya nama Yesus ditinggikan..Amen :)
Matthew 17:20
Truly I say to you, if you have faith as a mustard seed, you shall say to this mountain, "Move from here to there," and it shall move; and nothing shall be impossible to you
Subscribe to:
Posts (Atom)