Shallom dan salam sejahtera. Satu perkongsian dari Tuhan melalui saya hari ini ialah peribadi Yosua yang diangkat oleh Tuhan menjadi pemimpin atas bangsa Israel selepas pemergian Musa. Yosua diangkat untuk memikul tanggungjawab tuannya; Musa yang sepatutnya menuntut umat Israel ke Kanaan. Satu kata yang menarik perhatian saya semasa Tuhan memerintah kepada Yosua untuk menggerakkan bangsa Israel, generasi baru ke Kanaan, Tuhan berkata "kuatkan dan teguhkan hatimu". Perkataan ini diulangkan oleh Tuhan sebanyak empat kali dalam Yosua bab 1 (1:6, 1:7, 1:9 dan 1:18).
Saya belum mendalami dalam bab ini, namun saya sempat membaca beberapa tajuk dalam ayat ini yang sungguh mendorong peribadi kita sebagai seorang PEMIMPIN. Pemimpin yang berjaya ialah dia sebenarnya ada KETAKUTAN tetapi ketakutan tidak semestinya menjadikan dia lemah. Saya yakin Yosua sebenarnya ada perasaan takut dan gelisah pada masa itu. Yosua cuma seorang hamba kepada Musa, diutus untuk menyelidiki tanah Kanaan, namun semasa menjadi spy untuk tanah Kanaan, hanya dia dan Kaleb sahaja percaya (Bilangan 14:5-6) bahawa Tuhan memberikan tanah Kanaan kepada bangsa Israel walaupun mereka yang ada di Kanaan adalah orang gergasi dan besar badan.
Saya yakin semasa Tuhan mengankat Yosua memimpin Israel, apa yang ada pada dia ialah IMAN. Iman yang ada pada seseorang itu menjadikan siapa diri dia sebenarnya. Iman harus berjalan dengan perbuatan (Yakobus 2:26). Seorang pemimpin seperti Yosua, tidak semestinya tidak takut, gentar, gelisah dan risau. Tidak kira kamu pemimpan kah, siapa pun dirumah Tuhan percaya Tuhan katakan "kuatkan dan teguhkan hatimu". Saya percaya seseorang itu harus ada iman dan bergerak dengan perbuatan dari Roh Kudus bukan dengan keinginan atau cara manusia. Tuhan berkati.
God GrAcE
Wednesday, 22 May 2013
Saturday, 11 May 2013
Sorry Tuhan, Saja-Saja nak Testing...
last night was awesome. spend my 3 days with all the leader in Faith Church, make our journey to Kuala Lumpur untuk urusan yang lain. Tapi yang paling menyeronokkan kadang-kadang ialah apabila Tuhan ada bersama dengan orang yang dekat dengan Dia. Saya sedar hubungan Tuhan itu sendiri dengan semua orang sebenarnya ialah satu hubungan rapat. Cuba fikirkan kalau seseorang itu mati untuk anda, sebenarnya merupakan satu kasih yang sangat besar dan imagina Yesus mati untuk saya, semestinya hubungan Dia kerana kasih kepada saya adalah besar. Saya lebih senang katakan hubungan ini adalah satu hubungan Bapa dengan Seorang anak. Well, dipendekkan cerita, semalam semasa dalam perjalanan balik ke Kampus, saya mencabar Tuhan dalam doa saya. Saya tahu pintu gate akan tutup pada pukul 11 malam. guard yang bertugas comfirm akan marah pelajar kalau balik lewat dan apatah lagi orang luar masuk kampus. tapi saya cuma berdoa, dan saya katakan kepada Tuhan kalau Dia mampu, saya nak gate masih boleh buka dan pelajar boleh masuk dan tidak kena marah. Tuhan serta merta menjawab doa saya. Suatu suara berkata dengan yakin gate xkan tutup, dan kami akan sampai ke Kampus tepat pukul 11. Dalam hati saya, ada suarakan seperti katakn kamu akan sampai pada pukul 11.05 minit..betul...saya yakin suara itu memang berkata sedemikian..hahahahak... Kadang-kadang mencabar sang Pencipta memang punah..hahahak..tapi ini kenyataan..kami sampai pukul 11.05 minit.tepat-tepat Roh Kudus bercakap..hehe..11.05 minit jam dalam kereta..haha..anyway, jangan buat selalu..tapi ini sebenarnya joke saya dengan Tuhan..bukan mencabar, tapi saya yakin dapat sampai tepat pada masanya kerana apabila kita dipihak Tuhan siapa dapat melawan..Yesus itu ajaib..hehe..Tuhan berkati
yang penting iman harus ada barulah segala permasalahan diselesaikan kerana iman yang betul membawa kepada jalan yang benar hanya nama Yesus ditinggikan..Amen :)
yang penting iman harus ada barulah segala permasalahan diselesaikan kerana iman yang betul membawa kepada jalan yang benar hanya nama Yesus ditinggikan..Amen :)
Matthew 17:20
Truly I say to you, if you have faith as a mustard seed, you shall say to this mountain, "Move from here to there," and it shall move; and nothing shall be impossible to you
Friday, 25 January 2013
I will make a way for you
Mungkin sepanjang hari anda penuh dengan cabaran dan dugaan. Saya pernah dipenuhi dengan cabaran sepanjang tempoh seminggu dan saya amat tertekan sehingga tidak dapat fokus dengan pelajaran dan pelayanan saya sendiri. Seminggu saya tertekan dengan masalah saya. Semakin saya cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut semakin banyak masalah lain yang datang. Ini membuatkan iman saya kering dan keghairahan untuk melayani Tuhan semakin pudar. Saya letakkan masalah tersebut lebih besar daripada pekerjaan Tuhan sendiri. Percayalah, sekiranya kita letakkan sesuatu itu lebih besar dari Tuhan, pasti banyak perkara yang menghalang perjalanan iman kita. Sepanjang masalah saya tidak ada satupun yang selesai dan pada satu malam Tuhan menegur saya dengan firmanNya dalam
Yesaya 49:11 "Aku akan membuat segala gunung-Ku menjadi jalan dan segala jalan rayaKu akan Kuratakan"
Mungkin rakyat di Malaysia sekarang boleh melihat kepada masalah yang terjadi di negara ini. Banyak isu yang timbul sekarang dan banyak perkara yang tidak munasabah terjadi. Jangan melihat kepada apa yang terjadi disini tetapi serahkan kepada Tuhan untuk membuat pekerjaanNya di atas Malaysia. seperti firman ini
Markus 11:23 "Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! Asalkan tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahawa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya."
Seperti firman itu, jika kita punya iman dan meminta pada Bapa di syurga pasti masalah seperti gunung itu dapat dicampak ke dalam laut. let's pray and asked more from our God!! Semua masalah akan Tuhan ratakan dan dibuatNya jalan bagi kita!..amen
Yesaya 49:11 "Aku akan membuat segala gunung-Ku menjadi jalan dan segala jalan rayaKu akan Kuratakan"
Mungkin rakyat di Malaysia sekarang boleh melihat kepada masalah yang terjadi di negara ini. Banyak isu yang timbul sekarang dan banyak perkara yang tidak munasabah terjadi. Jangan melihat kepada apa yang terjadi disini tetapi serahkan kepada Tuhan untuk membuat pekerjaanNya di atas Malaysia. seperti firman ini
Markus 11:23 "Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! Asalkan tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahawa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya."
Seperti firman itu, jika kita punya iman dan meminta pada Bapa di syurga pasti masalah seperti gunung itu dapat dicampak ke dalam laut. let's pray and asked more from our God!! Semua masalah akan Tuhan ratakan dan dibuatNya jalan bagi kita!..amen
Thursday, 3 January 2013
Peribadi yang mengerti
ENGKAU
DIDALAMKU
Kaulah
penulis hidupku
Kau
membuat s'galanya baru
Engkau
di dalamku
Dan
kuada dalam-Mu
Tak
ada yang tak mungkin bagi-Mu
Ku
dicipta untuk-Mu
'Tuk
membawa harum nama-Mu
Engkau
di dalamku
Dan
kuada dalam-Mu
Kini
kudatang mencari wajah-Mu
c/o
Mengasihi-Mu
s'lalu dengan s'genap hatiku
Mencintai
seluruh perbuatan-Mu
Mengabdikan
hidupku sesuai rencana-Mu
Ku
mau menyembah-Mu sampai akhir hayatku
Kau
memahami hatiku
Hanya
kau yang mengertiku s'lalu
Engkau
di dalamku dan kuada dalam-Mu
Kini
ku datang mencari wajah-Mu
Beberapa hari yang lepas merupakan
hari yang agak sukar bagi saya dengan keadaan sekeliling yang tidak mendorong
saya terutamanya dari segi iman saya sendiri. Pelbagai masalah yang saya lihat
dan konflik berlaku membawa tekanan perasaan dalam diri saya. Diatas merupakan
lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan GMB Giving My Best. Semasa dalam
perjalanan balik dari miri ke Kuching selepas menghadiri perkahwinan sepupu
saya, secara tidak sengaja lagu ini dimainkan di dalam kereta kami dan saya
tersentuh dengan lirik rangkap terakhir “kau
memahami hatiku hanya kau yang mengertiku s'lalu” ..beban saya seperti
perlahan-lahan hilang dan tekanan perasaan Mula lenyap..Ya, walaupun keadaan
sekeliling tidak mendorong kita cth seperti di tempat kerja, pelajaran,
pelayanan dan sebagainya lagi, kita sering inginkn orang lain untuk memahami
perasaan kita. Hey, jangan lihat menusia sebagai penyedap untuk mengurangkan
beban kita, naMun lihat kepada Dia yang mengerti kita selalu. God bless.
Peribadi yang mengerti
ENGKAU
DIDALAMKU
Kaulah
penulis hidupku
Kau
membuat s'galanya baru
Engkau
di dalamku
Dan
kuada dalam-Mu
Tak
ada yang tak mungkin bagi-Mu
Ku
dicipta untuk-Mu
'Tuk
membawa harum nama-Mu
Engkau
di dalamku
Dan
kuada dalam-Mu
Kini
kudatang mencari wajah-Mu
c/o
Mengasihi-Mu
s'lalu dengan s'genap hatiku
Mencintai
seluruh perbuatan-Mu
Mengabdikan
hidupku sesuai rencana-Mu
Ku
mau menyembah-Mu sampai akhir hayatku
Kau
memahami hatiku
Hanya
kau yang mengertiku s'lalu
Engkau
di dalamku dan kuada dalam-Mu
Kini
ku datang mencari wajah-Mu
Beberapa hari yang lepas merupakan
hari yang agak sukar bagi saya dengan keadaan sekeliling yang tidak mendorong
saya terutamanya dari segi iman saya sendiri. Pelbagai masalah yang saya lihat
dan konflik berlaku membawa tekanan perasaan dalam diri saya. Diatas merupakan
lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan GMB Giving My Best. Semasa dalam
perjalanan balik dari miri ke Kuching selepas menghadiri perkahwinan sepupu
saya, secara tidak sengaja lagu ini dimainkan di dalam kereta kami dan saya
tersentuh dengan lirik rangkap terakhir “kau
memahami hatiku hanya kau yang mengertiku s'lalu” ..beban saya seperti
perlahan-lahan hilang dan tekanan perasaan Mula lenyap..Ya, walaupun keadaan
sekeliling tidak mendorong kita cth seperti di tempat kerja, pelajaran,
pelayanan dan sebagainya lagi, kita sering inginkn orang lain untuk memahami
perasaan kita. Hey, jangan lihat menusia sebagai penyedap untuk mengurangkan
beban kita, naMun lihat kepada Dia yang mengerti kita selalu. God bless.
Monday, 12 November 2012
Urapan seperti Daud
Dalam banyak-banyak kisah tentang raja Daud, pasti yang
menarik perhatian kita ialah tentang Daud mengalahkan Goliat. Kisah ini sangat
menarik perhatian saya juga tentang gereja masa kini. Dalam alkisah ini ada 4
perkara yang boleh dijadikan perhatian iaitu:
1) Raja Saul - menjadi simbol orang yang pernah diurapi dan professional
dalam hal gereja.
2) Eliab dan tentera Israel - ialah orang yang professional dalam
gereja tetapi tidak diurapi.
3) Goliat dan Filistin - adalah anti kepada orang yang
diurapi dan professional.
4) Daud - orang yang tidak professional tetapi diurapi
Tuhan.
Jika diperhatikan, Daud sahaja yang tidak professional
dalam apa-apa pun. Raja Saul ialah orang yang professional dalam perang namun
hilang urapan dan tidak berani menentang Goliat dan Filistin. Ini menunjukkan
pemimpin yang telah hilang urapan mereka dan tidak dapat melakukan kerja untuk
Tuhan. Eliab dan tentera Israel pula ialah tentera yang professional tetapi
tidak diurapi. Mereka takut untuk menghadapi tentera Goliat dan Filistin. Manakala
Daud pula ialah bukan tentera yang professional, hanya gembala domba tetapi
diurapi oleh Tuhan untuk berlawan dengan Goliat. Apabila Goliat mencabar
tentera Israel, Eliab dan raja Saul, semua mereka ini dalam ketakutan. Tanpa
urapan, maka takut akan timbul. Urapan menjadikan kita berani dalam melayani dan
ada kuasa dalam pelayanan. Tanpa urapan dalam pelayanan maka kita akan cepat
takut dan tidak berani menghadapi cabaran pelayanan.
Daud menyahut cabaran Goliat untuk bertarung tenaga dan
pada mulanya Saul cuba meruntuhkan keyakinan Daud dengan berkata
“tidak
mungkin engkau dapat menghadapi orang Filistin untuk melawan dia, sebab engkau
muda, sedangkan dia sejak dari masa mudanya telah menjadi prajurit” 1 samuel
17:33.
Namun Saul melihat keazaman Daud dan meminjam peralatan
perangnya, namun yang kita perhatikan Daud tidak dapat menggunakan peralatan
perang Saul dan Daud hanya berperang dengan Goliat tanpa apa-apa perlengkapan
senjata perang. Pengajarannya disini ialah kita janganlah bergantung kepada
urapan orang lain, iman orang untuk bertumbuh dan tidak dapat bergantung kepada
urapan orang lain untuk melakukan pelayanan dalam kehidupan seharian. Daud
sendiri sudah menguasai senjatanya iaitu umban dan batu. 1 samuel 17:50.
Cuba kita perhatikan kesaksian Daud sendiri semasa mengalahkan
singa dan beruang
Tetapi Daud berkata kepada Saul: "Hambamu ini biasa menggembalakan kambing domba ayahnya. Apabila datang singa atau beruang, yang menerkam seekor domba dari kawanannya, maka aku mengejarnya, menghajarnya dan melepaskan domba itu dari mulutnya. Kemudian apabila ia berdiri menyerang aku, maka aku menangkap janggutnya lalu menghajarnya dan membunuhnya. 1 samuel 17:35-36
Saya tertarik dengan kata-kata Daud diatas ini meyakin
bahawa dia boleh mengalahkan Goliat dan menunjukkan urapan Tuhan itu bekerja
dalam dirinya. Ingatkah anda tentang anak-anak Skewa yang cuba mengusir setan
tanpa urapan Tuhan.
Tetapi roh jahat itu menjawab: "Yesus aku kenal, dan
Paulus aku ketahui, tetapi kamu, siapakah kamu?" kisah para rasul 19:15
Kalau diperhatikan ayat ini, setan katakan kepada
anak-anak Skewa begini: Yesus ada urapanNya, Paulus ada urapannya=Yesus dan
Paulus ada autoriti (kuasa), tetapi kamu (anak-anak Skewa) tiada urapan iaitu
tiada hak/kuasa/autoriti.
Nah, hak kita sebagai anak Tuhan dan kuasa kita
bergantung pada Yesus sendiri. Dekat kita dengan Tuhan, tidak melanggar
perintahNya dan tidak jatuh dalam dosa memberikan kita urapan untuk melakukan
kerja Tuhan. Mana pilihan anda? Ingin menjadi raja Saul, Eliab dan tentera
Israel, Goliat dan tentera Filistin ataupun orang yang lemah dan tiada
kelebihan apa-apa dalam peperangan seperti Daud namun diberikan posisi melawan
Goliat dan menjadi raja Israel.
Sumber: "Priceless
Anoiting" oleh Paul Ang/ Pusat Sumber Hope Kota Bharu
Sunday, 4 November 2012
Percaya untuk diselamatkan
Shallom dan salam sejahtera. Pernahkan anda terfikir apa itu keselamatan dan apakah itu bererti dalam hidup anda? Mungkin itu sekadar memuji Tuhan dan anda berasa Roh diangkat, hati yang memuji Tuhan dan berada begitu dekat dengan Tuhan. Perasaan ini mungkin anda pernah rasa dalam pelayanan anda mahupun semasa kebaktian di gereja. Saya pernah menghadiri satu kebaktian dan Pastor ini menerangkan jika anda ingin tahu bahawa anda selamat atau tidak, caranya ialah dengan anda YAKIN bahawa jika anda mati anda akan diangkat ke syurga. Yakin itu asalnya daripada IMAN.
"iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti segala sesuatu yang tidak kita lihat" Ibrani11:1.
Jika dilihat dari persepsi dunia, kita sering dengar orang takut apabila mereka mati. Mereka takut dimana mereka akan dikuburkan, takut menghadapi sakitnya mati dan dimana mereka akan pergi setelah mati. Jawapan kita hanya ada pada Yesus sendiri. Satu perkataan yang boleh saya tegaskan ialah PERCAYA. Percaya disini ialah meletakkan iman yang kita harapkan dengan tiada apa-apa bukti secara abstrak yang boleh diperhatikan dengan pancaindera dan berharap. Percaya juga ini juga meletakkan seluruh kepercayaan tanpa ragu-ragu iaitu kehidupan anda kepada Kristus dan jadikan Dia Tuhan anda.
"barangsiapa percaya kepada Anak ia beroleh hidup yang kekal, tetapi barangsiapa tidak taat kepada Anak ia tidak akan melihat hidup melainkan murka Allah tetap ada di atasnya"
Yohanes 3:36
Firman yang diatas menunjukkan bahawa untuk datang kepada Kristus adalah dengan percaya kepadaNya dan akan peroleh kehidupan yang kekal. Jika hari ini kehidupan anda tiada hala tuju, ambillah jalan yang telah ditawarkan oleh Kristus melalui kematianNya di kayu salib. Ini bukan harus, namun pilihan yang pasti dan patut diambil oleh semua manusia. Percayalah, maka kamu akan diselamatkan dan letakkan iman pada Dia yang hidup. Tuhan memberkati.
Subscribe to:
Posts (Atom)