God GrAcE

God GrAcE

Monday, 12 November 2012

Urapan seperti Daud

Dalam banyak-banyak kisah tentang raja Daud, pasti yang menarik perhatian kita ialah tentang Daud mengalahkan Goliat. Kisah ini sangat menarik perhatian saya juga tentang gereja masa kini. Dalam alkisah ini ada 4 perkara yang boleh dijadikan perhatian iaitu:

   1)    Raja Saul - menjadi simbol orang yang pernah diurapi dan professional dalam hal gereja.
   2)    Eliab dan tentera Israel - ialah orang yang professional dalam gereja tetapi tidak diurapi.
   3)    Goliat dan Filistin - adalah anti kepada orang yang diurapi dan professional. 
   4)    Daud - orang yang tidak professional tetapi diurapi Tuhan.

   Jika diperhatikan, Daud sahaja yang tidak professional dalam apa-apa pun. Raja Saul ialah orang yang professional dalam perang namun hilang urapan dan tidak berani menentang Goliat dan Filistin. Ini menunjukkan pemimpin yang telah hilang urapan mereka dan tidak dapat melakukan kerja untuk Tuhan. Eliab dan tentera Israel pula ialah tentera yang professional tetapi tidak diurapi. Mereka takut untuk menghadapi tentera Goliat dan Filistin. Manakala Daud pula ialah bukan tentera yang professional, hanya gembala domba tetapi diurapi oleh Tuhan untuk berlawan dengan Goliat. Apabila Goliat mencabar tentera Israel, Eliab dan raja Saul, semua mereka ini dalam ketakutan. Tanpa urapan, maka takut akan timbul. Urapan menjadikan kita berani dalam melayani dan ada kuasa dalam pelayanan. Tanpa urapan dalam pelayanan maka kita akan cepat takut dan tidak berani menghadapi cabaran pelayanan.

Daud menyahut cabaran Goliat untuk bertarung tenaga dan pada mulanya Saul cuba meruntuhkan keyakinan Daud dengan berkata 

“tidak mungkin engkau dapat menghadapi orang Filistin untuk melawan dia, sebab engkau muda, sedangkan dia sejak dari masa mudanya telah menjadi prajurit” 1 samuel 17:33.

Namun Saul melihat keazaman Daud dan meminjam peralatan perangnya, namun yang kita perhatikan Daud tidak dapat menggunakan peralatan perang Saul dan Daud hanya berperang dengan Goliat tanpa apa-apa perlengkapan senjata perang. Pengajarannya disini ialah kita janganlah bergantung kepada urapan orang lain, iman orang untuk bertumbuh dan tidak dapat bergantung kepada urapan orang lain untuk melakukan pelayanan dalam kehidupan seharian. Daud sendiri sudah menguasai senjatanya iaitu umban dan batu. 1 samuel 17:50

Cuba kita perhatikan kesaksian Daud sendiri semasa mengalahkan singa dan beruang

Tetapi Daud berkata kepada Saul: "Hambamu ini biasa menggembalakan kambing domba ayahnya. Apabila datang singa atau beruang, yang menerkam seekor domba dari kawanannya, maka aku mengejarnya, menghajarnya dan melepaskan domba itu dari mulutnya. Kemudian apabila ia berdiri menyerang aku, maka aku menangkap janggutnya lalu menghajarnya dan membunuhnya. 1 samuel 17:35-36

Saya tertarik dengan kata-kata Daud diatas ini meyakin bahawa dia boleh mengalahkan Goliat dan menunjukkan urapan Tuhan itu bekerja dalam dirinya. Ingatkah anda tentang anak-anak Skewa yang cuba mengusir setan tanpa urapan Tuhan.

Tetapi roh jahat itu menjawab: "Yesus aku kenal, dan Paulus aku ketahui, tetapi kamu, siapakah kamu?" kisah para rasul 19:15

Kalau diperhatikan ayat ini, setan katakan kepada anak-anak Skewa begini: Yesus ada urapanNya, Paulus ada urapannya=Yesus dan Paulus ada autoriti (kuasa), tetapi kamu (anak-anak Skewa) tiada urapan iaitu tiada hak/kuasa/autoriti.

Nah, hak kita sebagai anak Tuhan dan kuasa kita bergantung pada Yesus sendiri. Dekat kita dengan Tuhan, tidak melanggar perintahNya dan tidak jatuh dalam dosa memberikan kita urapan untuk melakukan kerja Tuhan. Mana pilihan anda? Ingin menjadi raja Saul, Eliab dan tentera Israel, Goliat dan tentera Filistin ataupun orang yang lemah dan tiada kelebihan apa-apa dalam peperangan seperti Daud namun diberikan posisi melawan Goliat dan menjadi raja Israel.


Sumber: "Priceless Anoiting" oleh Paul Ang/ Pusat Sumber Hope Kota Bharu

No comments:

Post a Comment