Shallom dan salam sejahtera. Satu perkongsian dari Tuhan melalui saya hari ini ialah peribadi Yosua yang diangkat oleh Tuhan menjadi pemimpin atas bangsa Israel selepas pemergian Musa. Yosua diangkat untuk memikul tanggungjawab tuannya; Musa yang sepatutnya menuntut umat Israel ke Kanaan. Satu kata yang menarik perhatian saya semasa Tuhan memerintah kepada Yosua untuk menggerakkan bangsa Israel, generasi baru ke Kanaan, Tuhan berkata "kuatkan dan teguhkan hatimu". Perkataan ini diulangkan oleh Tuhan sebanyak empat kali dalam Yosua bab 1 (1:6, 1:7, 1:9 dan 1:18).
Saya belum mendalami dalam bab ini, namun saya sempat membaca beberapa tajuk dalam ayat ini yang sungguh mendorong peribadi kita sebagai seorang PEMIMPIN. Pemimpin yang berjaya ialah dia sebenarnya ada KETAKUTAN tetapi ketakutan tidak semestinya menjadikan dia lemah. Saya yakin Yosua sebenarnya ada perasaan takut dan gelisah pada masa itu. Yosua cuma seorang hamba kepada Musa, diutus untuk menyelidiki tanah Kanaan, namun semasa menjadi spy untuk tanah Kanaan, hanya dia dan Kaleb sahaja percaya (Bilangan 14:5-6) bahawa Tuhan memberikan tanah Kanaan kepada bangsa Israel walaupun mereka yang ada di Kanaan adalah orang gergasi dan besar badan.
Saya yakin semasa Tuhan mengankat Yosua memimpin Israel, apa yang ada pada dia ialah IMAN. Iman yang ada pada seseorang itu menjadikan siapa diri dia sebenarnya. Iman harus berjalan dengan perbuatan (Yakobus 2:26). Seorang pemimpin seperti Yosua, tidak semestinya tidak takut, gentar, gelisah dan risau. Tidak kira kamu pemimpan kah, siapa pun dirumah Tuhan percaya Tuhan katakan "kuatkan dan teguhkan hatimu". Saya percaya seseorang itu harus ada iman dan bergerak dengan perbuatan dari Roh Kudus bukan dengan keinginan atau cara manusia. Tuhan berkati.
yeap..satu perkara yang Tuhan tegaskan adalah "kuatkan dan teguhkan..". same goes to me, when i read that chapters, God just simply touched me to be strong in physical and emotional and spiritual strength. fear and doubts may arise but as a leader im assured by God that as long as He Himself that chose and lift us up to be a leader for His work, nothing can shaken me down. tq for the sharing.short but good. God bless u :)
ReplyDelete